top of page

PERBUATAN SYIRIK WAFAQ, TANGKAL DAN AZIMAT

Assalamualaikum para pengunjung semua. Harap lihat gambar-gambar di bawah ini dengan teliti, sekiranya terdapat di rumah anda dan serupa dengannya....... hendaklah anda sedar bahawa ini termasuk benda-benda khurafat. Penggunaan azimat atau wafaq seperti ini adalah sesuatu yang boleh membawa kepada syirik terhadap Allah.

Dari Uqbah Bin Amir : Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa menggantungkan diri kepada tangkal, maka Allah tidak menyempurnakan ( imannya ) dan barangsiapa yang menggantungkan diri kepada azimat, maka Allah tidak akan mempercayakan kepadanya." ( Riwayat Ahmad )

Bermacam pendapat dan pandangan orang tentang WAFAQ DAN TANGKAL kalau dah syirik tetap syirik walau apa pun niatnya .. bagai mana kita nak kata yang wafaq itu baik dan bagus atau boleh guna dan boleh di pakai .. memang kita nampak dengan mata kasar semua di tulis dengan ayat-ayat Al Quran dan adakah kita faham apa yang di tulis dan boleh kah kita baca isi wafaq tersebut.. dari pengalaman saya wafaq telah di simpan bersama KHADAM jadi khadam tersebut yg menguruskan segala kehendak tuan punya pemakai, khadam adalah jin yang menjadi suruhan pada wafaq.

Menggantungkan tangkal di badan untuk dijadikan sebagai penghadang daripada gangguan makhluk halus atau untuk menyembuhkan diri daripada sesuatu penyakit boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian ;

Antaranya, menggunakan tangkal yang mempunyai bahan seperti tulang binatang atau kayu yang dikatakan berhikmah, atau seumpamanya, para ulama tidak ada khilaf untuk mengharamkannya, kerana ia boleh menjerumuskan seseorang itu kelembah syirik.

Sabda Rasulullah saw,

من علق ودعة فلا ودع الله له ومن علق تميمة فلا تمم الله له

Maksudnya : “ Barangsiapa yang menggantungkan manik-manik (tangkal) maka Allah tidak akan menjaganya. Barangsiapa yang menggantungkan tamimah (tangkal) maka Allah tidak akan menyempurnakan sesuatu untuknya”. (Riwayat Ahmad dan Al-Hakim

Menggantungkan tangkal pada badan atau menyimpannya di rumah boleh menyebabkan diri seseorang hilang penggantungan (tawakal) kepada Allah SWT. Sedangkan tawakal yang sebenar seseorang hamba hanyalah kepada Allah SWT sahaja, tidak boleh lain daripada itu.

Perbuatan menggantung tangkal yang terdapat ayat-ayat Al-Quran juga boleh membawa kepada penghinaan terhadap ayat-ayat suci Al-Quran. Apatah lagi jika ia di bawa masuk ke dalam tandas atau sipemakainya terlibat dengan pekerjaan yang bercanggah dengan syariat seperti pekerjaan maksiat dan sebagainya.

Antara petikan Hadis mengenai tangkal dan azimat (wafaq)

Satu fenomena yang amat membimbangkan di kalangan umat Islam hari ini adalah kerapuhan aqidah yang meruncing. Ini antaranya dapat dilihat melalui suburnya amalan-amalan khurafat, tahayyul, bid’ah dan syirik. Di antara contoh mudah yang dapat kita perhatikan adalah suburnya amalan tangkal dan pelaris. Kunjungi dan singgahlah di mana-mana kedai makan orang Melayu atau Mamak, sebahagian besar dari mereka pasti ada menggantung sesuatu di bahagian dinding berdekatan kaunter bayaran.

Kalau kita perhatikan baik-baik biasanya pada bahagian dinding tersebut mereka gantung dengan sesuatu mungkin sama ada berupa bingkai (frame) berisi kertas kuning atau kilat berwarna perak, gantungan kain hitam atau kuning yang diikat, gambar “wali keramat”, ayat bismillah 7, lambang khatamun nubuwwah, al-Qur’an kecil, cebisan kain kelambu ka’abah, tulisan-tulisan jawi berbentuk formasi aneh

atau rajah-rajah dan simbol-simbol pelik yang hanya boleh difahami oleh pembuat tangkal.

Kalau di rumah-rumah pula, masih ramai yang menyimpan dan menulis ayat-ayat wafaq di pintu-pintu rumah, botol-botol berisi “bahan pendinding”, keris penjaga rumah, cincin azimat, batu geliga, dan apa-apa jua yang sewaktu dengannya. Masih ramai masyarakat Islam di negara kita hari ini meyakini tangkal-tangkal dan azimat-azimat tersebut mampu menarik kebaikan dan menolak mudharat.

Ditambah pula dengan suburnya gejala maksiat, syirik dan kufur kepada Allah SWT. Oleh yang demikian, jika penggantungan ummah kepada tangkal, tidak dibendung atau dicegah dengan sejelas-jelasnya ia akan mendorong masyarakat terjerumus kepada kerosakkan akidah

Tangkal Tiada Manfaatnya

Apabila budaya khurafat dan kepercayaan tahayyul seperti ini berleluasa, selagi itulah umat Islam akan terus dilanda kehinaan, kebodohan, kelemahan, dan kerugian. Kerana kebergantungan mereka kepada Allah SWT telah bertukar kepada tangkal dan azimat yang tidak mampu berbuat apa-apa. Disebabkan kejahilan, wang dibelanjakan untuk membeli syirik.

Sabda Nabi saw:-


مَنْ تَعَلَّقَ شَيْئًا وُكِلَ إِلَيْهِ

“Sesiapa yang menggantungkan sesuatu (berupa tangkal), maka segala urusannya akan diserahkan kepadanya (kepada tangkal).” (Hadis Riwayat Ahmad)

Sesiapa yang menggantungkan tangkal, jiwa dan hidupnya akan mudah terganggu dan tidak tenteram. Malah ia telah melakukan pula kesyirikan. Ini sebagaimana sabda Rasulullah saw :

مَنْ تَعَلَّقَ تَمِيمَةً، فَلَا أَتَمَّ اللهُ لَهُ، وَمَنْ تَعَلَّقَ وَدَعَةً، فَلَا وَدَعَ اللهُ لَهُ

“Sesiapa yang menggantung tamimah maka semoga Allah tidak menyempurnakan apa yang dimilikinya, dan sesiapa yang menggantungkan wada’ah, semoga Allah tidak membiarkannya dalam ketenangan.”- (Hadis Riwayat Ahmad)

Dalam riwayat yang lain:

مَنْ عَلَّقَ تَمِيمَةً، فَقَدْ أَشْرَكَ

“Sesiapa menggantungkan tamimah maka dia telah melakukan syirik.” ( Kata al-Haitsami para perawinya tsiqah. Dinilai sahih oleh al-Albani)

Tamimah adalah seperti tali (atau kalung) yang digantungkan pada tubuh sebagai azimat atau tangkal bertujuan mendapatkan kebaikan dan mencegah perkara-perkara berbahaya sama ada sihir, gangguan, penyakit, atau lain-lain. Biasanya diikat pada tangan atau dikalungkan pada leher anak-anak kecil.

Wada’ah adalah bahan-bahan berupa cengkerang seperti kulit siput atau kerang yang diambil dari laut kemudian dijadikan sebagai kalung bertujuan menjaga diri dari gangguan dan bahaya.

Lihat video di bawah oleh Ustaz Rasul Dahri mengenai seorang warga Indonesia yang kebal dari 170 peluru namun begitu mati setelah polis membidik cincin yang dipercayai sebagai tangkal kebalnya.

Tangkal, Azimat, Wafaq Semuanya Syirik.

Azimat, merupakan sebarang benda-benda yang dipercayai dapat menahan daripada ancaman atau dapat mencegah terjadinya musibah ke atas diri, keluarga dan harta benda.

Azimat juga diyakini mempunyai kekuatan ghaib dan dipercayai ada khadamnya dari makhluk-makhluk ghaib.

Azimat Jodoh/Pengasihan
Kegunaan: Untuk mendapat jodoh dengan cepat.

Azimat Pelajar
Untuk meningkatkan memori yang baik. Untuk mengaktifkan diri pintar dalam belajar. Tidak akan menjadi pelupa dan akan mengingati apa yang pernah anda pelajari

Azimat Kecurian,

Untuk perlindungan tempat tinggal dari perbuatan perompak, orang jahat, dan berpengaruh buruk. Mereka akan dibatasi masuk  di tempat tersebut.

Azimat Kerezekian
Untuk menarik lebih banyak pelanggan di tempat perniagaan

Azimat Perlindungan dan Kabul Niat
Untuk mencapai kejayaan dalam suatu tugas tertentu. Untuk wawancara atau ingin bertemu sesiapapun, atau apa yang pernah memerlukan ada, di mana sahaja. Selain itu, untuk perlindungan dari pengaruh buruk

Azimat Cinta
Kegunaan: Ini adalah untuk mendapatkan kemasyhuran. Untuk dikenali oleh semua dan
berpengaruh untuk semua. Orang-orang akan kasih dengan yang anda lakukan.

Tangkal, merupakan salah satu bentuk azimat untuk dipakai seperti gelang tangan yang diperbuat dari benang, kalung yang diperbuat dari dahan-dahan kayu atau untuk diletakkan di tempat-tempat tertentu dengan maksud melindung dari gangguan syaitan seperti kemenyan yang dibalut dengan kain dan diletak di penjuru rumah.

Contoh tangkal berbentuk gelang atau kalung untuk menolak keburukan dan kejahatan.

Tangkal berbentuk Cincin

Wafaq, adalah azimat dalam bentuk tulisan-tulisan berupa huruf, angka, rajah atau gambar yang ditulis atas kertas atau kepingan tembaga. Ia ditulis dalam bahasa yang tidak difahami dan kadangkala bercampur-aduk dengan ayat-ayat Al-Quran.

Contoh-Contoh Wafaq

Wafaq-wafaq seperti ini selalunya diletakkan dalam botol atau disalut dengan kain dan digunakan sebagai tangkal. Ia diletakkan di penjuru-penjuru rumah atas dasar kepercayaan ia dapat mencegah diri dari gangguan manusia dan juga gangguan jin & syaitan. Adakala diletak di atas pintu-pintu rumah, kedai, klinik, dalam kereta dan sebagainya. Wafaq-wafaq seperti ini selalunya ditulis atas kertas, kayu atau tembaga.

Wafaq yang dinamakan tapak Rasulullah SAW yang digunakan sebagai pelindung. Ramai yang menyimpannya di dalam kereta, atau dalam beg dan sebagainya.

Mantera seperti Mentera Gajamada ini yang tidak difahami bahasanya, diulang-ulang dengan harapan mendapat perlindungan kuasa ghaib. Ini jelas perkara yang syirik kepada Allah SWT.

Huruf yang kelihatan seperti kaligraphy ayat-ayat Al-Quran atau nama-nama Allah, tetapi isinya ternyata bukan.

Contoh wafaq dengan pelbagai ragam formasi tulisan aneh. Biasanya dibungkus dalam kain hitam atau kuning.

Contoh lakaran wafaq dengan rajah dan tulisan aneh yang tidak difahami melainkan oleh dukun pembuat tangkal

Contoh-Contoh Lain Wafaq

Kesemua tangkal, azimat dan wafaq ini dijaga oleh jin jenis syaitan atau ifrit melalui satu proses baiah iaitu upacara atau ritual memanggil jin khadam untuk menjaga tuan empunya tangkal.

حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ حَنْبَلٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ حَدَّثَنَا عَقِيلُ بْنُ مَعْقِلٍ قَالَ سَمِعْتُ وَهْبَ بْنَ مُنَبِّهٍ يُحَدِّثُ عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ النُّشْرَةِ فَقَالَ هُوَ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ

Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Hanbal telah menceritakan kepada kami Abdurrazzaq telah menceritakan kepada kami 'Aqil bin Ma'qil ia berkata; aku pernah mendengar Wahb bin Munabbih menceritakan dari Jabir bin Abdullah ia berkata, "Rasulullah saw pernah ditanya mengenai nusyrah (jampi), kemudian beliau menjawab: "Itu adalah perbuatan syaitan." (Hadis Riwayat Bukhari)

Tak kira tangkal jenis batu, cincin, kayu, besi, keluli, keris, parang, tasbih, minyak, syiling, baju, kain, wafaq, atau apa sahaja, semuanya kerja menyeru syaitan. Dan orang yang subahat perkara ini iaitu pawang,dukun, bomoh, penuntut ilmu silat, pengguna, mereka sama seperti syirik pada Allah. Syirik itu datang dari pelbagai cara. Bagaimana perkara ini menimbulkan satu kuasa aneh? Tukang sihir tak akan memberi anda tangkal kecuali tangkal itu dijaga oleh syaitan.

حَدَّثَنِي عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ حَدَّثَنِي سُلَيْمَانُ عَنْ ثَوْرِ بْنِ زَيْدٍ عَنْ أَبِي الْغَيْثِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اجْتَنِبُوا الْمُوبِقَاتِ الشِّرْكُ بِاللَّهِ وَالسِّحْر

Telah menceritakan kepadaku Abdul Aziz bin Abdullah dia berkata; telah menceritakan kepadaku Sulaiman dari Tsaur bin Zaid dari Abu Al Ghaits dari Abu Hurairah radliallahu 'anhu bahwa Rasulullah saw bersabda: "Jauhilah hal-hal yang membinasakan yaitu menyekutukan Allah dan sihr." (Haids Riwayat Bukhari)

LARANGAN MEMINTA SESUATU DARI JIN
 

Perlu ditegaskan bahawa satu sikap yang amat terlarang menurut hukum Islam ialah sikap meminta-minta pelbagai jenis hajat daripada makhluk jin. Dalam konteks ini Allah berfirman yang bermaksud:

وَأَنَّهُ كَانَ رِجَالٌ مِنَ الْإِنْسِ يَعُوذُونَ بِرِجَالٍ مِنَ الْجِنِّ فَزَادُوهُمْ رَهَقًا

"Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang daripada manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat."( Al-Jin 72:6 )

Sekalipun yang diseru itu datangnya daripada golongan jin Islam yang sahih, ini dilihat sebagai bermasalah dari segi pandangan Islam yang murni. Dan tentulah akan lebih-lebih dilarang apabila jin yang berkaitan datangnya daripada golongan jin yang kafir. Pengekalan tradisi campur-aduk seumpama inilah yang menjadikan ajaran Islam yang dihayati dan diamalkan oleh sebahagian umat Islam di seluruh dunia, termasuk di negara kita, menjadi tercemar dan tidak murni.

Adakah boleh menggunakan azimat yang dituliskan padanya ayat-ayat Al-Quran, atau nama-nama Allah? Walaupun pada ulama berbeza pendapat mengenai isu ini, namun dalil-dalil yang melarang pemakaian semua bentuk azimat adalah :

a. Kerana umum hadis yang melarang azimat dan tidak disebutkan pula pengecualiannya.

b. Kerana boleh menjurus kepada penghinaan Al-Quran, di mana kadangkala pemakaiannya memasuki tempat-

    tempat bernajis ataupun sedang dalam keadaan berjunub, haid dan lain-lain lagi.

c. Menganggap remeh ayat-ayat Al-Quran dan bertentangan dengan apa yang dimuatkan di dalamnya. Allah

    menurunkan Al-Quran untuk menjadi petunjuk dari kegelapan, bukan sebagai azimat.

Menurut Prof Dato’ Dr. Haron Din, walaupun terdapat perbezaan pandangan ulama tentang hal ini, akan tetapi perubahan zaman boleh membawa kepada perubahan hukum. Jika dirujuk kepada zaman sekarang, akidah umat Islam sedang terancam, umat Islam tidak begitu kuat bergantung kepada Allah, iman mereka begitu rapuh, mereka tidak lagi memperdulikan halal dan haram, apa yang mereka mahu ialah kenikmatan hidup yang sementara di dunia, tanpa memperdulikan untung nasib di akhirat.

Kesimpulannya, pendapat yang sahih, keharusan memakai tangkal yang menggunakan ayat-ayat Al-Quran sebenarnya adalah di awal permulaan Islam. Apabila keimanan para sahabat sudah kuat tertanam dalam diri, maka Rasulullah saw melarang sama sekali memakai tangkal walaupun menggunakan ayat-ayat Al-Quran.

Hikmahnya ialah untuk mencegah daripada keburukkan yang lebih besar, memelihara kesucian Al-Quran dan seterusnya untuk membulatkan keyakinan bahawa hanya Allah SWT sahaja yang mampu melindungi manusia daripada segala-galanya.

Setelah kita fahami perkara ini dengan jelas, maka tinggalkanlah apa-apa jua bentuk tangkal, azimat, wafaq serta yang seumpamanya. Kerana ia tidak memberi sebarang manfaat melainkan kesesatan dan kesudahan yang buruk. Tiada sama sekali padanya kesaktian dan kebaikan, melainkan kebodohan dan kerugian dunia dan akhirat.

Mungkin ada yang beralasan bahawa ia adalah sebahagian dari bentuk-bentuk usaha dan ikhtiar. Sedangkan bagi yang memahami perkara ini dengan baik, kita pasti akan mengatakan bahawa usaha dan ikhtiar itu sendiri perlu dilaksanakan dengan kaedah yang benar, dan bukan dengan jalan yang bathil.

Kerana setiap usaha dan ikhtiar di atas jalan kebathilan, maka ia akan tetap bathil dan tidak dinamakan sebagai usaha. Demikianlah dengan orang yang berusaha mendapatkan wang, tetapi mengusahakan (atau berikhtiar) dengan jalan yang haram seperti mencuri, merompak atau berjudi, maka ia akan tetap tidak dianggap sebagai usaha dan ikhtiar yang benar.

Sepertimana Firman Allah SWT :

إِنَّ اللَّهَ لا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلالا بَعِيدًا

Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mensyirikkan-Nya, dan Allah mengampuni dosa selain syirik bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. Sesiapa yang mensyirikkan Allah, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya.” (Surah an-Nisaa, 4: 116)

Allah tidak menerima apa jua bentuk amal daripada pelaku syirik. Bahkan amal-amal mereka seperti debu yang berterbangan. Di akhirat, doanya tidak diterima, dan dia tidak dimaafkan.

Oleh yang demikian maka eloklah dihentikan amalan-amalan seperti itu. Waalahu a’lam.

Pendedahan ini adalah sebagai renungan kesyirikan yang berlaku dan bukan untuk ditiru. Kami tidak bertanggungjawab dengan dosa dan musibah yang berlaku jika anda meniru untuk tujuan menggunakannya.

bottom of page