JENIS-JENIS SIHIR
Sihir adalah salah satu dari jenis gangguan yang cukup popular yang mana ianya terjadi disebabkan oleh persepakatan diantara orang yang ingin menyihir, tukang sihir dan jin yang ditugaskan menyihir.
Tetapi tahukah anda bahawa ada sembilan (9) jenis sihir yang kebiasaannya digunakan oleh sipenyihir untuk membinasakan musuh-musuhnya. Jadi bagaimana pula anda dapat mengenali sembilan jenis sihir ini? Anda akan ketahuinya selepas membaca artikel ini.
1. Sihir pemisahan suami isteri
Tentang sihir ini Allah s.w.t ada menjelaskan di dalam al-Quran. Anda boleh temui ayat tentang sihir ini di dalam
surah al-Baqarah, ayat 102:
وَٱتَّبَعُواْ مَا تَتۡلُواْ ٱلشَّيَـٰطِينُ عَلَىٰ مُلۡكِ سُلَيۡمَـٰنَۖ وَمَا ڪَفَرَ سُلَيۡمَـٰنُ وَلَـٰكِنَّ ٱلشَّيَـٰطِينَ
كَفَرُواْ يُعَلِّمُونَ ٱلنَّاسَ ٱلسِّحۡرَ وَمَآ أُنزِلَ عَلَى ٱلۡمَلَڪَيۡنِ بِبَابِلَ هَـٰرُوتَ وَمَـٰرُوتَۚ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنۡ أَحَدٍ حَتَّىٰ يَقُولَآ إِنَّمَا نَحۡنُ فِتۡنَةٌ۬ فَلَا تَكۡفُرۡۖ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنۡهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِۦ بَيۡنَ ٱلۡمَرۡءِ وَزَوۡجِهِۦۚ وَمَا هُم بِضَآرِّينَ بِهِۦ مِنۡ أَحَدٍ إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمۡ وَلَا يَنفَعُهُمۡۚ وَلَقَدۡ عَلِمُواْ لَمَنِ ٱشۡتَرَٮٰهُ مَا لَهُ ۥ فِى ٱلۡأَخِرَةِ مِنۡ خَلَـٰقٍ۬ۚ وَلَبِئۡسَ مَا شَرَوۡاْ بِهِۦۤ أَنفُسَهُمۡۚ لَوۡ ڪَانُواْ يَعۡلَمُونَ
Maksudnya; "Mereka (membelakangkan kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua Malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon) sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan(untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudharat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberikan manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum yahudi itu) mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka , kalaulah mereka mengetahui" - (surah al-Baqarah, ayat 102)
Diantara tanda-tanda yang menunjukkan anda disihir dengan sihir jenis ini ialah:
a. Perubahan perasaan daripada sayang kepada benci yang berlaku secara tiba-tiba.
b. Berlaku keraguan antara suami isteri.
c. Enggan meminta maaf sekiranya berlaku pergaduhan atau salah faham.
d. Membesar-besarkan perselisahan faham yang berlaku walaupun punca berlakunya hanya disebabkan perkara
kecil.
e. Pandangan yang buruk suami terhadap isteri dan begitu juga sebaliknya. Sisuami akan melihat isterinya
sangat hodoh walaupun pada pandangan orang lain isterinya sangan cantik. Dan begitulah juga yang berlaku
pada pandangan isteri terhadap suaminya. Boleh dikatakan mereka yang terkena sihir pemisah ini akan
merasa benci terhadap apa sahaja yang dilakukan oleh pasangannya. Dan yang peliknya sekiranya pasangan
berada di luar rumah, perasaannya seperti biasa, tetapi apabila di dalam rumah, tiba-tiba akan menjadi sangat
benci.
2) Guna-guna (sihir percintaan)
Sihir ini kebiasaannya digunakan apabila seseorang itu tidak dapat menawan hati seseorang yang dicintainya.
Sihir ini juga kebiasaannya dilakukan oleh isteri terhadap suaminya bertujuan untuk menjadikan suaminya
tunduk hanya kepada dirinya sahaja.
Diantara tanda-tanda mereka yang terkena sihir percintaan ialah:
a. Gelora cinta yang membuak-buak atau keterlaluan.
b. Sukar mengawal perasaan cintanya.
c. Menjadi rindu kepada seseorang (selalunya sipenyihir) dengan keterlaluan.
d. Patuh secara membuta tuli.
3) Sihir Pandangan (Hipnotis)
Sihir ini dilakukan atas pelbagai tujuan contohnya untuk menimbulkan perasaan takut terhadap musuh.
Contohnya dalam peristiwa Nabi Musa dan ahli tukang sihir Firaun. Sihir itu menjadikan tongkat berubah
kepada bentuk ular dalam pandangan Nabi Musa.
Tanda-tanda mereka yang terkena sihir pandangan ini ialah:
a. Mereka akan melihat sesuatu benda sedang bergerak walaupun hakikatnya benda tersebut sedang diam dan
begitulah sebaliknya.
b. Melihat sesuatu yang kecil menjadi besar dan sebaliknya.
c. Melihat sesuatu tidak sebagaimana yang sepatutnya. Contohnya Nabi Musa melihat tali dan tongkat menjadi
ular dan menuju ke arah baginda.
4) Sihir menjadikan orang gila
Tanda-tanda yang menunjukkan mungkin anda telah menjadi mangsa sihir ini ialah:
a. Anda menjadi seperti bingung, bodoh dan pelupa.
b. Cakap merepek.
c. Mata menjadi layu.
d. Tidak tenang apabila duduk setempat. Sentiasa merasa resah dan bergerak ke sana sini.
e. Tidak mampu untuk meneruskan sesuatu pekerjaan.
f. Pakaian selekeh dan tidak menghiraukan penampilan diri.
g. Berjalan tidak tentu arah dan tiada matlamat. Kadang-kadang anda suka tidur di tempat yang sunyi.
5) Sihir menjadikan orang tidak bermaya
Tanda-tanda yang menunjukkan anda menjadi mangsa sihir ini ialah:
a. Suka berseorangan.
b. Menutup diri sepenuhnya.
c. Diam berterusan.
d. Tidak suka bertemu orang.
e. Fikiran sentiasa melayang.
f. Selalu pening.
g. Lesu dan tidak bermaya.
6) Sihir panggilan
Sihir ini akan menjadikan anda seperti terdengar seseorang memanggil atau membisikkan sesuatu.
Tanda-tandanya ialah:
a. Selalu mengalami mimpi ngeri.
b. Bermimpi mendengar ada suara-suara yang bercakap kepada anda dalam keadaan jaga tetapi tidak melihat
orangnya.
c. Selalu was-was.
d. Sentiasa merasa ragu kepada rakan dan orang yang dicintainya.
e. Mimpi seolah-olah anda jatuh dari tempat yang tinggi.
f. Mimpi melihat haiwan mengejarnya.
7) Sihir membuat penyakit
Sihir ini mampu untuk menjadikan anda menderita mengalami penyakit tertentu. Contohnya anda disihir untuk
menjadi lumpuh, serta-merta anda akan menjadi lumpuh. Apabila dibawa ke hospital doktor sendiri akan
menjadi bingung kerana tidak menjumpai punca yang menyebabkan anda lumpuh.
Tanda-tanda anda terkena sihir ini ialah:
a. Selalu merasa sakit pada anggota badan.
b. Saraf tersumbat.
c. Lumpuh pada salah satu anggota badan.
d. Lumpuh secara menyeluruh.
e. Salah satu pancaindera tidak dapat berfungsi.
8) Sihir pendarahan
Kebiasaannya sihir ini berlaku dikalangan wanita. Cara tukang sihir melakukannya ialah dengan menghantar
seekor jin kepada anda dan jin tersebut bertugas untuk masuk ke dalam tubuh badan anda dan akan berjalan
di dalam urat darah bersama-sama dengan darah.
Sekiranya jin tadi sampai ke otot rahim anda, jin itu akan mengoyakkan rahim anda sehingga mengeluarkan
darah.
9) Sihir menahan pernikahan
Mendegar namanya sahaja kita sudah tahu bahawa sihir ini dihantar bertujuan untuk menghalang jodoh anda.
Faktornya boleh didorong oleh beberapa sebab, contohnya kerana anda menolak lamaran seseorang dan
menimbulkan permusuhan dan dendam di hatinya.
Cara sihir ini dihantar kepada anda ialah tukang sihir akan menghantar satu atau beberapa ekor jin supaya
mendekati anda hingga dapat masuk ke dalam tubuh anda. Jin ini akan berhasil memasuki tubuh anda apabila
anda berada dalam salah satu keadaan berikut:
a. Takut yang bersangatan.
b. Marah yang tidak terkawal.
c. Lalai berlebihan.
d. Di puncak gelora nafsu syahwat.
Jin yang berada dalam tubuh anda akan melakukan dua dari perkara tersebut:
1) Masuk ke dalam tubuh anda dan menyebabkan anda merasa benci kepada setiap calon suami yang
mengemukakan lamaran.
2) Atau jin tersebut tidak boleh masuk lalu menyihir dengan cara 'menipu penglihatan' silelaki bahawa wanita
tersebut berwajah buruk kemudian membisikkan perkara ini kepadanya, dan hal yang sama juga dilakukannya
kepada wanita tersebut.
Kemudian setiap lelaki yang telah mengemukakan lamaran tidak mahu menerimanya sekalipun pada awalnya telah bersetuju, akibat bisikan syaitan kepadanya.
Tanda-tanda sihir menahan pernikahan:
a. Pening kepala yang berterusan, tidak berhenti sekalipun diberi ubat doktor.
b. Sesak di dada terutama setelah asar hingga tengah malam.
c. Melihat pelamar bermuka hodoh.
d. Banyak berfikir (fikiran melayang).
e. Selalu gelisah waktu tidur.
f . Selalu rasa sakit di perut.
g. Rasa sakit di tulang punggung bahagian bawah.
Bagi anda yang pernah disihir, tahukah anda bahawa antara tugas-tuga yang
dilakukan oleh jin-jin sihir ialah mereka akan sentiasa memerhatikan, mengekori
dan memantau mangsa-mangsa yang akan disihir. Kebiasaannya jin-jin tersebut
akan mengekori mangsa dengan cara menyamar atau berubah bentuk kepada
binatang, contohnya seperti burung gagak, kelawar, belalang, lalat, agas dan
lain-lain. Jikalau tidak menyamar sebagai binatang pun, jin sihir akan menjadikan
binatang-binatang tersebut sebagai kenderaan tunggangan mereka ketika
menjalankan tugas.
Oleh yang demikian pesakit-pesakit yang mengalami masalah sihir selalunya mereka akan diekori oleh haiwan yang sama ke mana sahaja mereka pergi. Tetapi adalah mustahil untuk disedari akan kehadiran makhluk jin yang telah menyamar tersebut.
Tahukah anda bahawa jin-jin sihir mengecam mangsa-mangsanya melalui wajah dan daya pengecaman jin adalah sangat tepat. Lebih tepat dan lebih tajam dari deria penglihatan kelawar dan deria bau anjing.
Apakah Tujuannya ?
Tujuan jin sihir mengekori mangsa adalah untuk memastikan supaya apa sahaja yang dilakukan oleh pesakit akan terhalang. Ini kemungkinan akan menyebabkan segala urusan harian akan terganggu dan tergendala.
Kadang-kadang rezeki yang sudah ada di depan mata boleh terlepas ke tangan orang lain, sukar bertemu jodoh dan terhalang dan pelbagai lagi jenis halangan dilakukan bertujuan untuk menyakiti tubuh dan perasaan pesakit.
Apakah Langkah yang perlu di ambil ?
Ada dua langkah yang boleh dilakukan oleh pesakit iaitu:
1) Dapatkan rawatan dari mana-mana pusat rawatan yang melakukan rawatan yang bertepatan dengan al-Quran
dan as-Sunnah.
2) Setiap kali lepas menunaikan solat samada fardhu atau sunat, berdoalah kepada Allah dengan doa berikut:
" Ya Allah, aku pohon akan kurnia-Mu, Engkau ghaibkanlah aku dari pandangan jin dan manusia yang hendak menyakitiku."
Disarankan agar anda berdoa dengan bahasa yang difahami agar lebih menambahkan kekhusyukan. Kemudian amalkan ayat 9 surah Yasin sebanyak 3 atau 7 kali, tiupkan pada tapak tangan dan sapukan ke seluruh tubuh bermula dari atas kepala hingga ke hujung kaki.
وَجَعَلۡنَا مِنۢ بَيۡنِ أَيۡدِيہِمۡ سَدًّ۬ا وَمِنۡ خَلۡفِهِمۡ سَدًّ۬ا فَأَغۡشَيۡنَـٰهُمۡ فَهُمۡ لَا يُبۡصِرُونَ (٩
Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar). (9)
Nota : Kita hanyalah berdoa kepada Allah sebagai usaha dan ikhtiar dari gangguan kejahatan jin dan manusia. Keberkesanannya kita serah dan bertawakal kepada Allah.
Sekiranya diizinkan Allah, insyaAllah Allah akan mengghaibkan kita dari pandangan-pandangan jahat golongan jin dan manusia.
![](https://static.wixstatic.com/media/25656e_3bafb6dcfc38ec7169c1c5aca2f09ac4.jpg/v1/fill/w_220,h_220,al_c,q_80,usm_0.66_1.00_0.01,enc_avif,quality_auto/25656e_3bafb6dcfc38ec7169c1c5aca2f09ac4.jpg)