top of page

KESOMBONGAN IBLIS

Peperangan antara manusia dengan syaitan telah menjadi sejarah yang cukup lama, di mulai sejak penolakan iblis terhadap perintah Allah untuk bersujud kepada Nabi Adam A.S

Allah s.w.t berfirman:

قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسۡجُدَ إِذۡ أَمَرۡتُكَ‌ۖ قَالَ أَنَا۟ خَيۡرٌ۬ مِّنۡهُ خَلَقۡتَنِى مِن نَّارٍ۬ وَخَلَقۡتَهُ ۥ مِن طِينٍ۬

"Apakah yang menghalangimu untuk bersujud ( kepada Adam ) diwaktu Aku menyuruhmu?. Menjawab iblis : Saya lebih baik daripadanya, Engkau ciptakan aku dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah. ( Al-A'raf : 12 )

Maka balasan yang adil atas keberanian iblis dalam menentang perintah Allah sebagaimana disebutkan dalam firman Allah :

 

قَالَ فَٱهۡبِطۡ مِنۡہَا فَمَا يَكُونُ لَكَ أَن تَتَكَبَّرَ فِيہَا فَٱخۡرُجۡ إِنَّكَ مِنَ ٱلصَّـٰغِرِينَ

​Turunlah kamu dari Syurga itu; kerana kamu tidak sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya, maka keluarlah, sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang hina."-( Al-A'raf : 13 )

Iblis telah terusir dari Syurga dan rahmat Allah sehingga berhak mendapatkan laknat dan tergolong dari makhluk yang hina selama-lamanya. Tetapi memang dasar iblis keparat tidak mahu melupakan Adam A.S. yang telah menjadi penyebab ia terusir dan terkutuk, sehingga ia tidak mahu tinggal diam tanpa balas dendam dan dendamnya itu dilampiaskan sesuai dengan tabiat jahatnya.

Firman Allah dalam Surah Al-A'raf 14-17

Iblis berkata:

قَالَ أَنظِرۡنِىٓ إِلَىٰ يَوۡمِ يُبۡعَثُونَ

Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat)". (Al-A'raf : 14)

Allah berfirman:

قَالَ إِنَّكَ مِنَ ٱلۡمُنظَرِينَ

"Sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh (ke suatu masa yang tertentu)".(Al-A'raf : 15)

Iblis menjawab:

قَالَ فَبِمَآ أَغۡوَيۡتَنِى لَأَقۡعُدَنَّ لَهُمۡ صِرَٲطَكَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ

"Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus;​ (Al-A'raf : 16)

Allah berfirman:


ثُمَّ لَأَتِيَنَّهُم مِّنۢ بَيۡنِ أَيۡدِيہِمۡ وَمِنۡ خَلۡفِهِمۡ وَعَنۡ أَيۡمَـٰنِہِمۡ وَعَن شَمَآٮِٕلِهِمۡ‌ۖ وَلَا تَجِدُ أَكۡثَرَهُمۡ شَـٰكِرِينَ

"Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur". (Al-A'raf : 17)

 

Keinginan iblis yang sangat kuat dan jahat untuk menyesatkan anak Adam menyingkap tabiat jahat iblis. Dia adalah makhluk yang benar-benar jahat bukan sifat yang hanya bersifat sementara, dia makhluk yang murni jahat, pembangkang, keparat dan terkutuk. Sehingga iblis menjadi makhluk terlaknat dan terkutuk serta memiliki sifat sombong dan jahat dan Allah memberikan kesempatan hidup yang sangat panjang. Terlaknat dan terkutuknya iblis di keranakan maksiat dan sombong kepada Allah yang menjadikan ia makhluk terhina padahal sebelumnya ia termasuk makhluk yang terhormat. Kerana penolakannya terhadap perintah Allah untuk sujud kepada Nabi Adam A.S. mengakibatkan dia terusir dan terkutuk dari rahmat Allah.

SUMPAH IBLIS UNTUK SELALU MENGODA KETURUNAN ADAM

Kerana sebab itu iblis bersumpah dan berjanji untuk menyesatkan anak-anak Adam dari jalan Allah yang lurus dan menutup rapat jalan bagi setiap orang yang ingis melintasinya. Dan menutup rapat semua jalan menuju keimanan dan ketaatan yang mendatangkan redha Allah. Dan dia tidak akan berhenti menggoda setiap manusia dari seluruh penjuru untuk menghalangi mereka dari keimanan dan ketaatan. Allah menjawab ikrar iblis dengan firmanNya :

قَالَ ٱخۡرُجۡ مِنۡہَا مَذۡءُومً۬ا مَّدۡحُورً۬ا‌ۖ لَّمَن تَبِعَكَ مِنۡہُمۡ لَأَمۡلَأَنَّ جَهَنَّمَ مِنكُمۡ أَجۡمَعِينَ

"Keluarlah engkau dari Syurga sebagai makhluk yang terhina serta terusir. Sesungguhnya sesiapa di antara mereka yang menurutmu, tetaplah aku akan memenuhi neraka jahanam dengan (golongan) kamu (yang derhaka) semuanya; (Al-A'raf : 18)

 

Dalam hal ini Allah memberi kesempatan bagi iblis dan pengikutnya untuk menyesatkan dan Allah juga memberi kepada anak-anak Adam kesempatan memilih sebagai ujian dan cobaan dan semua itu berdasarkan kehendak Allah, iblis dijadikan makhluk yang memiliki keistimewaan tertentu.

 

Tetapi Allah tidak membiarkan kita bertempur tanpa petunjuk serta senjata untuk melawan kejahatan iblis. Al-Quran dan Sunnah Nabi S.A.W. sangat cukup sebagai petunjuk dan senjata untuk berlaga dalam pertempuran.

bottom of page