top of page

Adakah anda salah seorang individu di Malaysia yang berulang alik ke pusat rawatan untuk merawat penyakit sihir, gangguan jin, saka dan sebagainya?

 

Ketahui bagaimana cara untuk berubat di rumah dengan menggunakan kaedah Ruqyah Syar'iyyah untuk diri sendiri, keluarga serta rumah tangga.

 

 

Tahukah anda?

Ramai di antara kita yang sedang berulang alik ke pusat rawatan untuk mengubati penyakit seperti saka, sihir, santau dan sebagainya. Tetapi mereka tidak menyedari bahawa mereka tiada pelindungan diri dan bergantung sepenuhnya dengan rawatan yang diberikan tanpa ada usaha diri sendiri untuk mengubatinya di rumah.

Akibatnya, ramai di antara mereka berulang alik ke pusat rawatan dan tidak sembuh-sembuh. Ia bukan kerana pusat rawatan tersebut tidak 'menjadi' tetapi amalan dan kekuatan diri sendiri yang tidak sehebat gangguan yang membelenggu mereka. Maka tidak hairanlah ada di antara pesakit menanggung penyakit gangguan selama 5 hingga 10 tahun!

Awas! Masih ramai diantara kita memilih untuk berubat dengan bomoh atau dukun!

 

Kebanyakan masyarakat Melayu tidak kira berada di kampung atau bandar masih mempercayai rawatan dengan bomoh kerana belum terdedah dengan Perubatan Islam. Mereka seakan tidak mempedulikan cara rawatan yang dijalankan dan risiko yang bakal dihadapi. Perbuatan ini amat merbahaya kepada diri sendiri malah jika ianya satu rawatan yang terpesong, mereka akan dianggap melakukan perbuatan syirik!

Mengubati penyakit dengan menggunakan khidmat bomoh adalah satu pilihan yang tidak wajar. Anda akan berdepan dengan pelbagai risiko. Tibalah masanya untuk kembali kepada Perubatan Islam yang jauh lebih berkesan dan Insya Allah tiada kesan sampingan dan risiko merbahaya!


Sihir semakin berleluasa dan tidak mengenal siapa!

Kita boleh lihat di semua pusat rawatan Islam, orang ramai berbaris panjang untuk menerima rawatan. Kebanyakan daripadanya adalah kerana sihir rumahtangga, saka, santau, gangguan histeria dan sebagainya. Sihir bukan lagi perkara yang ganjil dan sesiapa sahaja berkemungkinan disihir atau terkena gangguan makhluk halus.

Mengikut pengalaman kami sendiri melalui Pertubuhan ini, kami menerima banyak maklum balas daripada pelbagai lapisan masyarakat yang terkena gangguan. Penyakit yang paling 'popular' adalah sihir penceraian, sihir jenis santau, gangguan jin, saka, sihir dengki dan sebagainya. Golongan yang terlibat pula terdiri daripada kalangan guru, pekerja di pejabat, individu berjawatan tinggi, pelajar dan sebagainya.

Kes-kes sihir yang terjadi pada masa kini sememangnya pelbagai jenis. Sihir rumahtangga misalnya, bukan lagi suatu yang menghairankan kerana ada diantara isteri yang sanggup menyihir suami semata-mata untuk menjadikan suami setia dan tidak mencari isteri baru. Begitu pula sebaliknya apabila si suami menyihir isteri untuk menjadikan isteri menjadi 'dungu' dan tidak menyedari akan kecurangan suami.

Bukan itu sahaja, ada yang sanggup menyihir ibu sendiri semata-mata kerana harta dan kepentingan diri.

Keratan akhbar melaporkan kejadian anak sihir ibu!

Perawat tidak menjaga anda 24 jam sehari !

Cuba anda fikirkan, adakah anda dapat mencari perawat apabila berlaku gangguan kepada anak atau keluarga anda pada pukul 3 pagi? Jika perawat adalah jiran anda, kemungkinan beliau datang adalah munasabah, tetapi jika tidak, adakah anda sanggup menunggu sehingga keesokan hari untuk mengubatinya?

Ini bukanlah untuk menakutkan anda, tetapi itulah yang banyak terjadi dalam masyarakat kita hari ini akibat langsung tidak mengetahui bacaan ruqyah yang mungkin boleh di bacakan kepada si pesakit sementara dia dibawa ke pusat rawatan.

Oleh itu, anda patut mempelajari ruqyah agar anda sentiasa bersedia dan dapat menggunakan ilmu tersebut apabila diperlukan pada bila-bila masa sahaja. Jika bukan untuk mengubati orang lain sekalipun, sekurang-kurangnya anda dapat mendinding diri anda sendiri.

Tetapi bukankah Ruqyah hanya untuk perawat sahaja?

Adakah itu yang bermain di fikiran anda? Jawapannya adalah tidak. Ini kerana Ruqyah terdiri daripada doa yang dipetik daripada Al-Quran dan Hadith. Ianya juga adalah pendinding diri kepada setiap orang Muslim. Maka, ia tidak salah untuk dipelajari malahan beroleh pelbagai kelebihan daripada mukjizat Al-Quran.

Mengikut kajian kami, individu yang mengamalkan ruqyah di rumah lebih cepat sembuh berbanding hanya bergantung penuh dengan rawatan di pusat rawatan!

Ya, itulah di antara kelebihan mereka yang mempunyai ilmu perubatan ruqyah. Tidak dinafikan bahawa rawatan di pusat rawatan Islam adalah antara satu ikhtiar yang baik kerana perawat umpama doktor tetapi terapi diri sendiri di rumah sebenarnya adalah ubat. Merawat tanpa ubat adalah tidak sempurna.

Kenyataan ini tidak boleh dinafikan lagi kerana kebanyakan pengamal Perubatan Islam di seluruh dunia mengakui bahawa ruqyah kepada diri sendiri juga adalah satu terapi yang baik dan lebih efektif. Ini kerana kebergantungan kita kepada Allah SWT akan menjadi lebih kuat. Allah SWT menyarankan kita untuk sentiasa berdoa dan meminta kepadaNya.

Firman Allah dalam surah Ghafir ayat 60 yang bermaksud :

وَقَالَ رَبُّكُمُ ٱدْعُونِىٓ أَسْتَجِبْ لَكُمْ ۚ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِى سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ

Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina. (60)

Sebelum kami menerangkan dengan lebih lanjut, kami mahu bertanya, adakah anda mengalami gangguan yang lazim terjadi dalam kalangan masyarakat di Malaysia seperti di bawah?

Gangguan Lazim 1- Gangguan Jin

Jin yang telah berkenan atau hanya ingin membuat kacau lalu masuk ke dalam diri seseorang. Lazimnya terjadi kepada sesiapa yang lemah semangat dan tidak mempunyai pendinding diri.

Simptom-simptom yang mungkin berlaku:

1. Histeria.

2. Merasuk (tidak sedarkan diri) semasa di hutan atau

    di tempat-tempat tertentu.

   

3. Rasa rendah diri, murung, tiada keyakinan diri

   

4. Terlihat lembaga atau benda yang menakutkan

   

5. Sentiasa didalam ketakutan dan tidak berani bersendirian

    atau berada ditempat gelap

   

6. Terdengar bisikan.

Gangguan Lazim 2- Sihir
 

Berbeza dengan gangguan jin, sihir adalah perbuatan jahat yang dihantar oleh Tukang Sihir untuk merasuk atau menganggu seseorang, rumah tangga atau perniagaan. Biasanya ia berpunca dari sifat hasad dengki, membalas dendam dan sebagainya.

Simptom-simptom yang mungkin berlaku:

1. Terdapat lebam atau kesan gigitan pada badan yang tidak

    ketahui puncanya

   

2. Tidak boleh bangun untuk bekerja dan melakukan aktiviti

    harian

   

3. Rasa rendah diri, murung, tiada keyakinan

   

4. Premis perniagaan tiba-tiba tidak mendapat pelanggan.

   

5. Hubungan diantara suami isteri atau persaudaraan menjadi

    dingin atau kerap bergaduh tanpa sebarang sebab yang

    munasabah

   

6. Sihir juga boleh menyebabkan sakit kronik seperti kanser

    dan sebagainya

   

7. Terdengar bisikan.

Gangguan Lazim 3- Saka
 

Saka adalah warisan atau tinggalan keturunan daripada nenek moyang terdahulu yang meninggal dunia akibat dari jin belaan atau sihir. Dalam kalangan masyarakat Melayu ia dipanggil hantu raya iaitu jin yang menjadi belaan seseorang dan membuat kacau. Juga boleh terjadi apabila seseorang telah disihir atau terkena gangguan jin lalu meninggal dunia, maka jin tersebut berpindah kepada anak atau cucu mangsa pula (keturunan.)

Simptom-simptom yang mungkin berlaku:

   

1. Mimpi binatang berbisa dan buas seperti ular, harimau, buaya

    dan lain-lain.

   

2. Histeria atau mudah tidak sedarkan diri dengan meracau dan

    sebagainya.

   

3. Teringat atau bermimpi sesorang yang sudah meninggal

    dunia.

   

4. Terdengar bisikan arahan untuk membuat sesuatu.

Baiklah, apakah sebenarnya Ruqyah Syar'iyyah ini?

Secara ringkasnya, Ruqyah Syar'iyyah adalah bacaan atau doa yang digunakan untuk mengubati, mendinding dan mencegah daripada gangguan makhluk halus. Ia adalah satu amalan yang telah digunakan sejak zaman Rasulullah SAW dan Baginda sendiri menggunakan dan menggalakkan untuk mengamalkan ruqyah dalam kalangan sahabat Baginda.

Ruqyah Syar'iyyah bukan sahaja semata-mata untuk gangguan makhluk halus sahaja bahkan penyakit fizikal lain seperti demam dan sebagainya turut boleh dibacakan ruqyah.

Hari ini kami akan dedahkan kepada anda, DVD (berserta video) Ayat-Ayat pendinding diri Ruqyah Syar'iyyah dari :-

Gangguan Dalam Rumah

Gangguan Histeria

Gangguan Saka

Gangguan Sihir

Siapa yang patut memiliki DVD ini?

1. Individu yang menghadapi penyakit gangguan

    seperti sihir, saka, santau dan sebagainya.

   

2. Individu yang sedang mendapatkan rawatan di pusat

    rawatan. (Jadikan sebagai rawatan di rumah)

   

3. Mengubati pesakit yang tidak mahu atau enggan

    untuk berubat

   

4. Pasangan suami isteri yang mempunyai hubungan

    dingin tanpa ada sebab munasabah

5. Sesiapa sahaja yang ingin mempelajari teknik asas

    mengubati pesakit.

   

6. Pekerja yang bimbang akan permusuhan dalam

    kalangan rakan sekerja (Jadikan sebagai pendinding

    diri)

   

7. Mengubati anak yang degil, malas dan tidak

    mendengar kata.

   

8. Individu yang sedang menaiki rumah baru atau

    premis baru. (Pasang DVD Ruqyah bagi

    mengelakkan gangguan jin)

Sebenarnya DVD ini kami telah pakejkan untuk kegunaan umum. Ia tidak dikhususkan untuk orang yang ingin belajar tentang ruqyah sahaja, malah orang yang sedang menghadapi penyakit gangguan seperti sihir, santau, gangguan jin, saka dan sebagainya boleh menggunakan DVD ini untuk mendengar audio dan video bacaan ruqyah yang telah disediakan. Ia telah terbukti dapat membantu anda membuang segala gangguan yang dihadapi (dengan izin Allah). Tambahan pula, kami telah sediakan senarai ayat-ayat ruqyah yang lengkap untuk dijadikan bacaan anda agar proses rawatan menjadi lebih lengkap. Jadi, ia sememangnya untuk semua. Tidak kiralah anda adalah pesakit atau ketua keluarga yang ingin mempelajari ruqyah asas sebagai persediaan menghadapi perkara yang tidak diingini.

Kepada yang berminat bolehlah menghubungi kami di talian :

019-8542295 - Raduan Samsudin - (bagi kawasan Bintulu dan Miri)

012-8717765 - Ramlan Samsudin - (bagi kawasan Kuching)

Atau anda juga boleh menghantar email kepada kami untuk

pertanyaan dan pesanan melalui borang pesanan yang

disediakan dibawah ini. (sila sertakan no.talipon)

Success! Message received.

              : Anda dilarang memasang DVD ini di dalam kereta yang bergerak kerana sudah terjadi beberapa kes kerasukan di dalam kereta dan ianya membahayakan pengguna.

HARGA :

RM20.00 (bagi kawasan Sarawak)

RM25.00 (bagi kawasan luar Sarawak termasuk

                 bayaran pos)​

bottom of page