![](https://static.wixstatic.com/media/25656e_c14484e6c0c6fe08b9c046402ff9feb3.jpg/v1/fill/w_385,h_495,al_c,q_80,usm_0.66_1.00_0.01,enc_avif,quality_auto/25656e_c14484e6c0c6fe08b9c046402ff9feb3.jpg)
PERTUBUHAN PERUBATAN ISLAM AL-WAHYU BINTULU
Ditubuhkan pada 29 June 2012 dibawah naungan
Al-Fadhil Ustaz Firdaus Bin Che' Rush dan diPengerusikan
oleh Saudara En. Raduan Bin Samsudin.
Beralamat di :-
No. 3807
RPR Kidurong
Fasa 4, Jalan Tanjung Kidurong
97000 Bintulu
Sarawak, Malaysia.
No. Pendaftaran 1266-12-SWK
Email : wahyu2u_bintulu@yahoo.com
Tel : 019-8542295 - Raduan Bin Samsudin (Bintulu)
013-8159500 - Ashor Bin Badar (Bintulu)
013-8823807 - Rashidi Bin Hj.Yassin (Bintulu)
013-5191511 - Ustaz Firdaus Bin Che' Rush (Kuching)
012-8717765 - Ramlan Bin Samsudin (Kuching)
![](https://static.wixstatic.com/media/25656e_c308bd096be09c0c6e4ceb0da147b0e7.png/v1/fill/w_622,h_50,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_avif,quality_auto/25656e_c308bd096be09c0c6e4ceb0da147b0e7.png)
VISI – MENJADI SEBUAH PERTUBUHAN YANG SENTIASA MENGIKUT SYARIAT ISLAM.
MISI – MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN RAWATAN BERKONSEPKAN AL-QURAN DAN AS – SUNNAH.
OBJEKTIF – MEMELIHARA DAN MENGEKALKAN AQIDAH AGAR SENTIASA YAKIN BAHAWA KESEMBUHAN ITU ADALAH DARIPADA ALLAH S.W.T.
MOTO – BERUSAHA DAN BERTAWAKAL.
MENGENAI KAMI
Al-Wahyu ditubuhkan dengan hasrat untuk sama-sama membantu memartabatkan perjuangan syiar Islam dan mendedahkan perkara-perkara yang menjadi kesamaran umat islam masa kini. Dengan adanya aktiviti-aktiviti seperti Kursus/Bengkel/Seminar keagamaan dapatlah berkongsi segala ilmu dengan harapan agar bersama memperjuangkan cita-cita murni sebagai masyarakat yang bermaruah dan beretika selaras dengan ajaran Islam. Semoga kewujudan al-Wahyu akan dapat memberikan komitmen yang bermakna dalam usaha menaikkan martabat masyarakat Islam dan bersama menunjangi perjuangan Syiar Islam bagi mencapai kesyumulan Islamiah.
AKTIVITI KAMI
Al-Wahyu menganjurkan aktiviti keagamaan seperti kuliah/ceramah dan khususnya dalam Seminar Perubatan Islam, Bengkel Perubatan Islam & Cara Rawatan serta Rawatan Perubatan Islam. Disamping itu, al-Wahyu mengeluarkan serta menjual produk CD keagamaan berbentuk DVD bergambar dan VCD tentang ruqyah syar’iyyah.
SEMINAR/BENGKEL PERUBATAN ISLAM,
ANTARA TAJUK PEMBENTANGAN KERTAS KERJA
• Rahsia Perubatan Islam/Menyingkap Rahsia Jin & Syaitan (Alam Jin).
• Menangkis kejahatan Ilmu Hitam (JENIS SIHIR)/Angkara Jin /sihir Rumahtangga Hancur.
• Penyakit gila, Barah, Lumpuh (Rihul Akhmar) & Penyembuhan.
• Santau, Racun & Rawatan.
• Pukau & Benteng diri.
• Menyingkap Rahsia Saka & Keturunan.
• Histeria, Rasuk & Rawatan.
• Susuk, jenis susuk, Tanda-Tanda & Rawatan.
• Pagar Rumah & Benteng diri.
• Ciri-ciri seorang Mua'lij (Perawat) & Kaedah rawatan.
• AL-QURAN sebagai panduan/penawar.
• Rahsia Air/Air Zam-Zam, Madu Lebah & Habattus Sauda.
• Ayat-Ayat Ruqyah/Pengijazahan.