top of page

TANDA-TANDA AWAL GANGGUAN JIN

Jin merupakan makhluk Allah juga, jin berada di alam yang lain yang tidak dapat dilihat oleh manusia dengan mata kasar. Jin juga ada yang baik dan ada yang jahat..maka sudah tentu jin boleh menganggu manusia. Berikut adalah tanda-tanda awal gangguan jin..

1 ) Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.
2 ) Badan terasa berat dan malas.
3 ) Sukar mendapat jodoh.
4 ) Badan terasa bisa-bisa.
5 ) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6 ) Sukar tidur malam.
7 ) Sakit pinggang tanpa sebab.
8 ) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9 ) Mimpi melihat binatang seperti ular dan

      sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi di tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas

      waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru

      dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.

21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila

5 TANDA GANGGUAN JIN DIRUMAH

Sepertimana yang kita semua telah sedia maklum bahawa di dunia ini kita berkongsi alam dengan satu lagi makhluk Allah iaitu jin. Jin adalah sejenis makhluk Allah yang diciptakan daripada api. Jin tidak seperti Malaikat. Malaikat adalah golongan makhluk Allah yang sentiasa taat dan patuh pada perintah Allah.

Manakala jin pula seperti manusia. Ada sebahagian jin yang taat kepada perintah Allah manakala sebahagian lagi ingkar dengan perintah Allah. Dan begitu juga tanggungjawab mereka yang sama dengan manusia.

 

Diantara kejahatan jin yang dilakukan terhadap manusia ialah mereka akan mengganggu rumah manusia. Diantara tanda-tanda yang menunjukkan rumah itu ada gangguan jin di dalamnya ialah:

1. Masakan yang dimasak selalu cepat rosak (basi).
2. Selalu terdengar bunyi seperti guli jatuh.
3. Selalu kedengaran seperti ada orang menarik perabot pada waktu tengah malam.
4. Sering nampak kelibat atau lembaga hitam melintas di dalam rumah.
5. Penghuni rumah sering merasa seram dan takut apabila berada di dalam rumah. 

Sekiranya rumah anda ada tanda-tanda yang saya sebutkan di atas segeralah pergi ke mana-mana pusat rawatan Islam yang menyediakan perkhidmatan memagar rumah.

 

Jenis-jenis gangguan Jin

1. Gangguan sepenuhnya, iaitu jin mengganggu seluruh badan seperti orang yang mengalami berbagai macam

    saraf yang tersumbat.

2. Gangguan tidak secara keseluruhan, iaitu jin mengganggu salah satu dari anggota badan, seperti tangan, kaki

    atau lidah.
3. Gangguan yang berterusan, iaitu jin terus berada dalam tubuh seseorang sehingga memakan waktu yang

    sangat lama.
4. Gangguan seketika, iaitu tidak lebih dari beberapa detik seperti seseorang yang mengalami mimpi buruk.

 

Diantara penyebab gangguan Jin

 

1. Jin lelaki kadangkala jatuh cinta kepada orang perempuan dan kadangkala jin perempuan jatuh cinta kepada

    orang lelaki.
2. Kerana kezaliman manusia terhadap mereka, seperti menumpahkan air panas atau menimpakan sesuatu

    barang dari tempat yang tinggi.
3. Kezaliman yang dilakukan oleh makhluk jin kepada manusia tanpa sesuatu sebab tertentu. Yang berhubungan

    dengan perkara ini jin tidak akan dapat menganggu manusia kecuali manusia itu dalam keadaan : Sangat

    marah, Sangat takut, Sangat lalai dan Mempunyai nafsu syahwat yang tinggi.

Sebab-sebab masuknya Jin ke dalam tubuh manusia

 

Kadang-kadang terjadinya gangguan jin kepada manusia adalah dikeranakan syahwat, hawa nafsu dan mabuk cinta, keadaan ini sama seperti yang dialami manusia. Ada pula kadangkala manusia dan jin melakukan perkahwinan serta mempunyai anak. Perkara yang demikian banyak terjadi dan banyak pula ulama' yang membicarakannya.

Berlakunya perkara tersebut adalah disebabkan kebencian atau pembalasan oleh kerana ia disakiti sebahagian manusia, atau makhluk jin ini menyangka bahawa sebahagian manusia sengaja menyakitinya dengan cara membuang air kecil keatas mereka, menumpahkan air panas, atau membunuh mereka, padahal manusia tidak mengetahuinya. Dikalangan makhluk jin juga ada yang bodoh, ada yang zalim, sehingga mereka menjatuhkan hukuman dengan cara yang tidak patut, keadaan ini sebagaimana juga yang kita jumpai dalam kehidupan manusia yang bodoh.

Jika keadaan tersebut terjadi, perbuatan yang demikian itu adalah merupakan perbuatan yang keji dan dilarang oleh Allah SWT. Justeru itu perkara ini haruslah dijelaskan kepada jin tersebut dengan mengatakan bahawa perbuatan mereka itu dalah perbuatan keji yang diharamkan. Penjelasan seperti ini perlu dijelaskan kepada mereka supaya mereka tahu bahawa pada diri mereka akan berlaku hukuman Allah dan Rasul-Nya yang diutus kepada semua makhluk manusia dan makhluk jin.

Kepada mereka juga harus dijelaskan, bahawa manusia tersebut tidak mengetahui dan tidak sengaja menyakiti mereka sehingga tidak patut untuk dihukum. Jika mereka melakukan hal itu di rumah atau di kerajaan mereka maka mereka dibolehkan atau bebas bertindak. Sedangkan mereka tidak mempunyai hak untuk tinggal di tempat kediaman manusia tanpa izin dari manusia, mereka hanya berhak tinggal di tempat-tempat kosong yang bukan menjadi tempat tinggal manusia.

 

Cara-cara masuknya Jin ke dalam tubuh manusia

 

Jin adalah sejenis makhluk berwujud udara sedangkan manusia memiliki lubang bulu roma, kerana itulah dia dapat masuk ke dalam tubuh manusia dari bahagian manapun juga. Makhluk jin diciptakan dari zat yang sejenis udara sebagaimana firman Allah :

وَخَلَقَ ٱلۡجَآنَّ مِن مَّارِجٍ۬ مِّن نَّارٍ۬

Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang; (Ar-Rahman :15)

 

Dalam hal ini Ibn Abbas berkata: Iaitu dari hujung nyalanya api, sedangkan hujung nyalanya api adalah merupakan udara panas yang keluar dari api.

Ketika jin masuk ke dalam tubuh manusia, makhluk ini langsung menuju ke otak, melalui otak ini dia dapat mempengaruhi bahagian mana saja yang dia sukai dari tubuh manusia. Para doktor perubatan telah mengkaji dan membuktikan bahawa orang yang terkena penyakit kerasukan jin memiliki gelombang otak yang sangat halus dan sangat aneh yang ada di dalam otaknya. Ditambah lagi dengan keterangan dari orang yang ahli tentang cara pengubatan orang yang kerasukan jin, bahawa jin itu memberitahunya bahawa mereka berada di otak manusia.

 

 

 

3 Langkah mengesan Jin dalam badan

Pernahkah anda tertanya-tanya apakah dalam badan anda adanya gangguan jin? Bagaimanakah anda dapat mengesan kehadiran makhluk tersebut di dalam tubuh badan anda?

Artikel ringkas kali ini saya akan kongsikan dengan anda 3 langkah mudah tetapi insyaAllah berkesan untuk mengesan gangguan jin. Bagaimana caranya? Teruskan bacaan anda...

Langkah 1

​Dengar bacaan ruqyah syariah dalam video di bawah dan dengar dengan menggunakan headphone dengan volume yang kuat.

Langkah 2

Pejamkan mata dan jangan ikut bacaan ayat-ayat tersebut samada dengan mulut atau pun di dalam hati.

 

Langkah 3

Setelah selesai perhatikan tanda-tanda berikut sekiranya ada:

    Batuk
    Berpeluh-peluh
    Terasa mual
    Jantung berdenyut laju
    Rasa berdebar-debar
    Terasa ada benda bergerak-gerak di bawah kulit
    Sendawa
    Mengantuk
    Pening
    Menguap

Sekiranya anda ada mengalami tanda-tanda di atas, kebiasaannya lebih dari satu tanda, kemungkinan besar anda mengalami gangguan. Nasihat saya agar anda tidak memandang ringan perkara ini. Buat rawatan di mana-mana pusat rawatan yang berhampiran dengan segera.

Baiklah pembaca sekalian, semoga tip mudah ini akan memberikan manfaat kepada anda untuk diamalkan.

Perlindungan terhadap gangguan

1. Sentiasa berzikir dan bertaqarrub kepada Allah dengan memperbanyakkan istighfar. Ini adalah kerana apabila

    seseorang semakin bertambah dekat dengan Allah maka syaitan akan semakin menjauinya.
2. Mengucapkan "Bismillah" pada setiap kesempatan, iaitu ketika :-
        * Hendak melompat dari tempat yang tinggi.
        * Terjumpa sesuatu di atas tanah.
        * Memasuki tempat yang menakutkan seperti tempat yang gelap, sunyi dan kosong.
3. Berzikir kepada Allah pada waktu-waktu tertentu. Seperti pada waktu pagi, petang ataupun pada waktu makan.
4. Tidak membunuh ular yang bersada di dalam rumah kecuali telah memohon kepada Allah agar ia keluar dari

    rumah.
5. Tidak mendengar nyanyian ataupun seruling yang dapat mengundang syaitan dan menimbulkan perbuatan

    zina. Yakni, nyanyian yang dapat merangsang nafsu seseorang.
6. Tidak memandang wanita dengan penuh nafsu dan juga tidak berdua-duaan dangan wanita yang bukan

    muhrimnya.
7. Jangan tinggal di rumah kosong yang sudah lama tidak dihuni orang, di kawasan perkuburan dan tempat-

    tempat kotor lainnya. Jangan menunaikan solat sewaktu matahari terbit dan terbenam.
8. Jangan membuang air kencil merata-rata atau di lubang binatang.
9. Jangan sekali-kali menyeksa dan menyakiti anjing atau kucing.
10.Hindarkan dari melakukan perbuatan maksiat. Perbuatan maksiat itu adalah senjata ampuh bagi syaitan.

bottom of page