top of page

Wangian Kasturi Kijang Asli

Kasturi merupakan wangian yang terbaik di dunia.Kehebatan haruman kasturi telah diperkatakan sejak zaman berzaman.Kita biasa mendengar,apa sahaja yang berbau wangi akan dikatakan seharum kasturi,ia mudah ditemui pada bait-baik puisi dan lagu,kisah-kisah romantis,epik-epik cinta dan hadis-hadis Nabi Muhammad SAW sendiri.

Sabda Nabi SAW:“Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi” (H.R Muslim).

Apakah sebenarnya kasturi itu?

Baiklah...sebelum kita bercerita lebih lanjut lagi mengenai Kasturi, marilah sama-sama kita saksikan video ini : disampaikan oleh Maulana Ustaz Muhammad Asri Yusof

VIDEO 1

VIDEO 2

Adakah Anda Masih Mencari-Cari Minyak Wangi Yang Terbaik Harumannya

 

Haruman Pati Minyak Wangi Kasturi Kijang

Amat sesuai digunakan untuk membersih dan memulihkan aura diri demi kesihatan mental,

fizikal, emosi, rohani dan jasmani yang lebih baik.

InsyaAllah

Muslimin dan Muslimat,

Adakah anda tengah mencari 1 haruman yang mana bila dipakai anda mendapat kebaikan di dunia dan akhirat? Dengan hanya 1 haruman  hidup anda pasti berubah. Haruman yang disukai oleh para malaikat.

 

 

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh ilmuwan Islam terutamanya Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah R.A. dan ahli-ahli perubatan Islam, maka kasturi didapati mempunyai banyak khasiat.Paling ketara ia memberi kekuatan kepada rohani.

Haruman merupakan santapan rohani,manakala kasturi adalah sewangi-wangi dan sebaik-baik haruman.Mencium kasturi menenangkan roh.Justeru,janganlah kita menzalimi roh dengan membiarkannya menghidu sesuatu yang busuk.

Di samping itu jangan lupa menunaikan solat,berzikir dan membaca Al-Qur'an setiap hari.Amalan-amalan ini merupakan santapan roh yang hakiki bagi memperkuatkan dan memperbaharui keimanan.

Memberi kekuatan pada roh
Haruman adalah santapan roh, manakala kasturi adalah merupakan sewangi-wangi dan sebaik-baik haruman sebagaimana sabda Nabi SAW:
“Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi” (Hadis Riwayat Muslim)

 

Menenangkan Jiwa

Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak
 

Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan
 

Menghilangkan debaran jantung
 

Menghilangkan Sesak Nafas
 

Melegakan Lelah (Asma)
 

Menyedarkan orang yang pengsan
 

Memperkuatkan organ luaran tubuh
 

Memperkuatkan organ dalaman tubuh
 

Menghilangkan rasa gementar
 

Menghilangkan sejuk tubuh
 

Membuang angin yang berlebihan dalam tubuh
 

Menawarkan racun atau bisa-bisa binatang
 

Menghilangkan kesakitan sewaktu kencing
 

Menjernihkan mata putih pada mata
 

Berfungsi memelihara kesihatan secara keseluruhan
 

Mencegah wabak penyakit
 

Melanjutkan usia
 

Meredhakan Allah SWT, menyukakan para malaikat dan orang-orang soleh, dan sebaliknya dapat mengusirkan syaitan laknatullah dan kuncu-kuncunya.
 

Menurut Imam Syafie R.A. bahawa antara perkara yang dapat menguatkan badan jasmani ialah dengan mencium bau-bauan yang harum (spt kasturi).

UNTUK KETERANGAN LANJUT HUBUNGI

013-5191511 - USTAZ FIRDAUS (KUCHING)

019-5510344 - NURASYIKIN (KEDAH)

019-8542295 - RADUAN (BINTULU) 

013-8823807 - RASHIDI (BINTULU)

Harga : RM50.00 sebotol

Kasturi bertindak sebagai agen haruman selain dipercayai

mempunyai kelebihan dalam dunia perubatan tradisional.

Ia merupakan entiti paling berharga yang didatangkan dari

tubuh kijang jantan.

Diriwayatka oleh al-Tarmidzi daripada Abu Ayub R.A daripada Nabi Muhammad S.A.W maksudnya,:

"Empat perkara daripada sunnah Rasul-Rasul iaitu: malu, berwangi-wangian, iwak dan nikah"

Kasturi minyak wangi kesukaan Nabi Muhammad S.A.W.

Diriwayatkan oleh Muslim sesungguhnya Nabi S.A.W telah bersabda maksudnya,

"Kasturi adalah minyak wangi yang paling baik sekali"

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Aishah R.Anha katanya,

"katanya.."Aku telah menyapu minyak wangi kepada Nabi S.A.W dengan minyak wangi sehingga aku dapati bau dan kesan minyak wangi di kepala dan janggutnya".

Mengamati petikan hadis hadis diatas  ini membayangkan kepada kita betapa keenakan bauan kasturi itu sudah lama disebut dan disampaikan dari mulut ke mulut.

Sekian lama merentangi latar zaman, waktu dan masyarakat, rahsia kehebatan kasturi terus diperkata. Hinggakan apa sahaja yang berbau harum dikaitkan dengannya. Ungkapan 'seharum kasturi' juga mudah ditemui dalam bait puisi turun-temurun, lirik lagu cinta dan juga bicara romantis.

Namun, sejauh manakah kita mengetahui dari mana datangnya bahan yang istimewa ini? Bagi yang keliru, kasturi disangkakan ekstrak pati bunga, buah-buahan atau kulit kayu, sebagai mana dalam industri pembuatan minyak wangi.

Sebenarnya, istilah kasturi (bahasa Inggeris: musk) merujuk kepada kandungan yang terdapat dalam bintil kelenjar kijang jantan.

Walaupun kerap ditemukan di bahagian antara perut dan genital, kasturi juga bukan janggal jika ia tumbuh di bahagian-bahagian lain haiwan tersebut, seperti di leher, badan atas dan juga kepala.

Apabila tertanggal atau dipotong dari tubuh kijang tersebut, bintil kasturi yang mengering membuatkan kandungan berwarna merah keperangan berubah menjadi hitam dan keras.

Jika ditekan kuat atau diketuk, butiran kecil akan terkeluar darinya dan bahan itulah yang dicampur bersama minyak atau ekstrak wangian.

Sejak ratusan tahun lalu, ia digunakan dalam pembuatan wangi-wangian. Kasturi juga bertindak sebagai agen penyebar haruman selain dipercayai menjadikan bau haruman lebih tahan lama.

Pendek kata, ia merupakan produk haiwan yang paling berharga dan haiwan tertentu sahaja menghasilkannya,

Dalam dunia ini, hanya terdapat lima jenis haiwan yang menghasilkan kasturi iaitu kijang jantan, lembu, musang, kura-kura dan tikus. Paling popular adalah kasturi kijang jantan yang hidup di pergunungan Himalaya.

Solat
Membaca Al-Qur'an
Pergi ke masjid
Menyambut Hari Raya
Bertemu dengan tetamu
Bersama suami isteri
Pada hari Jumaat
Menuntut ilmu

PENGGUNAAN MINYAK WANGI DALAM RAWATAN

Di dalam kitab perubatan Islam berbahasa arab; “al Minhajul Qurani lii’laji as Sihri wal massi as Syaithani” karya Sheikh Usamah Muhammad al Audi, Mesir menyatakan satu teknik perubatan menggunakan teknik penggunaan minyak wangi:

“Kebanyakan jin benci kepada bau yang wangi kerana jin sangat menyukai bau yang busuk. Bau yang busuk sangat ‘menyegarkan’ jiwa dan setanding dengan naluri kejiinnan mereka.

Oleh itu teknik yang amat praktikal ini sangat mujarab untuk semua jenis gangguan terutamanya gangguan jin ‘asyiq’. Jin asyiq adalah jin yang berdamping dengan seseorang kerana jatuh cinta dengan manusia tersebut bahkan ada yang mendakwa telah berkahwin dengan pesakit!

Tekniknya adalah;

1. Hendaklah sentiasa memakai minyak wangi di kemaluan depan dan belakang sama ada lelaki atau

    perempuan.

2. Memakai minyak wangi pada semua pakaiannya terutamanya pada waktu tidur. Jangan sekali-kali tidur tanpa

    memakainya. Apabila hendak membasuh pakaian tersebut pakaian yang baru hendaklah dipakaikan minyak

    wangi dan pakailah pada waktu tidur.

Hendaklah memakai minyak wangi di ‘37’ point di tubuh badannya setiap malam. Point tersebut adalah:

1: Sapu pada ubun-ubun. (1)
2: Belakang telinga kiri dan kanan. (2)
3: Di semua hujung jari tangan dan kakinya. Antara kuku dan kulit. (20)
4: Dua lubang hidung. (2)
5: Dua lubang telinga. (2)
6: Dua kening berdekatan mata. (2)
7: Sekeliling mulut. (1)
8: Dua puting payu dara. (2)
9: Dua kemaluan depan dan belakang. (kubul dan dubur) (2)
10: Lubang pusat. (1)
11: Leher kiri dan kanan. (2)

Jika anda perhatikan semua point tersebut adalah rongga-rongga yang terdapat di tubuh badan kita. Inilah tempat masuk dan keluar makhluk jin ke dalam tubuh manusia.

Sekiranya jin ingin mendekati maka ia akan menjauhkan diri kerana bau wangi. Sekiranya ia telah ada di dalam tubuh badan, insya Allah ia akan keluar kerana tidak tahan dengan aura aroma bau wangi tersebut….

Sabda nabi S.A.W:"belajarlah al-quran serta bacalah kerana perumpamaan al-quran bagi orang yang mahu belajar,membaca dan melaksankannya adalah seperti 1 bekas yang dipenuhi dengan wangian kasturi yang baunya menyebar pada setiap tempat.Dan perumpamaan orang yang mahu memperlajarinya dan ia lupa(mengamalkannya),maka di hatinya seperti ada 1 bekas wangian kasturi yang masih tertutup."(Riwayat at-Tarmizi)

Antara Jenis Wangian Kasturi

Memakai bau-bauan yang harum dan wangi merupakan sunnah Rasulullah S.A.W serta mendapat pahala daripadanya.

Bertindaklah sekarang,
Rebutlah Tawaran Istimewa ini
sebelum ianya habis..!!!

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu tapi ia terbaik untukmu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu tapi ia bukan yang terbaik untukmu" (Al-Baqarah,ayat 216)

bottom of page