top of page

JENIS-JENIS JIN (kumpulan jin)

Jin juga seperti manusia yang inginkan nama dan keturunan dan hidup berpuak-puak. Puak dan kumpulan jin terlalu banyak dan bercakap dalam berbagai-bagai loghat dan bahasa. Ada sesetengah ulama membahagikan Jin kepada beberapa kumpulan, antaranya ialah :-

1. Kumpulan yang menunggu kubur
2. Kumpulan yang menunggu gua
3. Kumpulan yang menunggu mayat
4. Kumpulan yang menunggu air mata air
5. Kumpulan yang menunggu tasik, kolam, telok, kuala, pulau dan sebagainya.

 

Jin juga mempunyai pemimpin dan kerajaannya tersendiri. Antaranya ialah :-

1. Raja Jin Alam bawah yang kafir ialah seperti Mazhab, Marrah, Ahmar, Burkhan, Syamhurash, Zubai'ah  dan            Maimon   

2. Empat Raja Jin Ifrit ( Jin yang paling jahat ) yang mempunyai kerajaan yang besar yang menjadi menteri 

    kepada Nabi Allah Sulaiman a.s. ialah seperti Thamrith, Munaliq, Hadlabaajin dan Shughal

3. Raja Jin Alam atas yang Islam pula ialah Rukiyaail, Jibriyaail, Samsamaali, Mikiyaail, Sarifiyaali, 'Ainyaail dan

    Kasfiyaail.

4. Raja Jin yang menguasai segala Jin tersebut bernama THOTHAMGHI YAM TA LI. Manakala Malaikat yang 

    mengawal kesemua Jin-Jin di atas bernama Maithotorun yang bergelar QUTBUL JALALAH.

Kumpulan Jin

Jenis-Jenis Jin

Iblis adalah bapa dan pujaan kepada semua jenis Jin, Iblis dan Syaitan.
   

1. Asy-Syaitan - Syaitan-Syaitan
2. Al-Maraddah - Peragu-peragu ( was-was )
3. Al-Afrit - Penipu-penipu
4. Al-A'waan - Pelayan-pelayan
5. Al-Tayaaruun - Penerbang-penerbang
6. Al-Ghawwaasuun - Penyelam-penyelam
7. At-Tawaabi - Pengikut-pengikut ( pengekor )
8. Al-Qurana - Pengawan-pengawan
9. Al-Ummaar - Pemakmur.

 

Anak-anak Iblis yang mempunyai kerajaan yang besar

 

1. Thubar - Merasuk manusia yang ditimpa musibah dan bala.
2. Daasim - Merasuk manusia untuk menceraikan ikatan siratulrahim, rumahtangga, keluarga sahabat-handai, 

    jemaah dan sebagainya.
3. Al-'Awar - Merasuk manusia supaya meruntuhkan akhlak, berzina, minum arak, liwat, berjudi dan sebagainya.
4. Zalanbuur - Merasuk manusia dengan api permusuhan dan pembunuhan.

 

Gelaran-gelaran Jin dalam istilah orang Melayu

(a.) - Hantu Raya
(b.) - Hantu Toyol
(c.) - Hantu Pelesit
(d.) - Hantu Kubur
(e.) - Hantu Jerangkung
(f .) - Hantu Galah
(g.) - Hantu bungkus
(h.) - Hantu Bidai
( i.) - Harimau Jadian
( j.) - Hantu Pontianak
(k.) - Hantu Langsuir
( l.) - Hantu Air

(m) - Hantu Pari
(n.) - Hantu Laut
(o.) - Jin Tanah
(p.) - Hantu Pochong
(q.) - Hantu Pari-Pari
( r.) - Jembalang Tanah
(s.) - Hantu Polong
( t.) - Harimau Penanggal
(u.) - Hantu Bukit
( v.) - Hantu Punjut
(w.) - Hantu Bawah Tangga
(x.) - Hantu Kum-Kum
(y.) - Hantu Mati Dibunuh
(z.) - Hantu Kopek ( Tetek )
(zz) - Hantu Tengelong

Mukhannats (anak Jin/Syaitan)

Ketahuilah, apabila seorang lelaki mencampuri isterinya ketika sedang haid, maka syaitan mendahuluinya. Ketika si isteri hamil dan melahirkan, maka yang lahir itu adalah al-mukhannats, iaitu anak-anak jin. Nuthfahnya akan rosak, bahkan boleh membuat si lelaki dan perempuan itu menderita penyakit. Sesungguhnya Allah s.w.t. melarang kita untuk mencampuri isteri-isteri kita yang sedang haid. Barangsiapa melakukan itu, dialah yang bertanggungjawab terhadap akibatnya, dan lebih dari itu dia pulalah yang akan menerima akibatnya jika dari hubungan tersebut lahir mukhannats. Rasanya, itu adalah balasan yang setimpal belaka.

9 Anak Syaitan yang lainnya

1. ZALITUUN : Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia

    berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
2. WATHIIN : Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'AWAN : Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan

    kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4. HAFFAF : Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang berada di tempat-tempat maksiat 

    (disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras )
5. MURRAH : Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah.

    Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour.
6. MASUUD : Duduk dibibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan segala apa sahaja

    penyakit yang mula dari kata-kata mulut.
7. DAASIM ( Berilah Salam sebelum masuk ke rumah ) : Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam

    ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga. (suami-isteri bercerai-

    berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan

    perbagai bentuk kemusnahan rumahtangga).
8. WALAHAAN : Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwudhuk dan solat dan

    menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.
9. LAKHUUS : Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api dan matahari.

Perbezaan Jin Dan Syaitan​

Mungkin kita tertanya-tanya apakah sama diantara jin dan syaitan? Secara ringkasnya jin dan syaitan ini dapatlah kita bahagikan kepada dua bahagian.

1. Syaitan : Umumnya syaitan ini adalah satu golongan yang langsung tiada kebajikan dan kebaikan yang

    dilakukan mereka. Dan nama mereka juga akan bertukar bergantung kepada tahap kejahatan yang dilakukan

    mereka. Antara nama mereka ialah Marid dan Ifrit.

 

2. Jin : Manakala golongan jin pula adalah sama seperti kita manusia. Ada dikalangan mereka merupakan jin

    Islam dan kafir. Yang Islam pula ada yang terdiri dari golongan yang fasik, munafik, soleh dan beriman.

 

Firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Jin, ayat 11 yang bermaksud:

وَأَنَّا مِنَّا ٱلصَّـٰلِحُونَ وَمِنَّا دُونَ ذَٲلِكَ‌ۖ كُنَّا طَرَآٮِٕقَ قِدَدً۬ا

`Dan bahawa sesungguhnya (memang maklum) ada di antara kita golongan yang baik keadaannya, dan ada di antara kita yang lain dari itu; kita masing-masing adalah menurut jalan dan cara yang berlainan.

 

Selain ayat di atas, masih ada lagi ayat yang membuktikan bahawa golongan jin ada yang soleh, fasik dan sebagainya.

Firman Allah di dalam surah Al-Jin, ayat 14 dan 15 yang bermaksud:

وَأَنَّا مِنَّا ٱلۡمُسۡلِمُونَ وَمِنَّا ٱلۡقَـٰسِطُونَ‌ۖ فَمَنۡ أَسۡلَمَ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ تَحَرَّوۡاْ رَشَدً۬ا

`Dan bahawa sesungguhnya (dengan datangnya Al-Quran, nyatalah) ada di antara kita golongan yang berugama Islam, dan ada pula golongan yang (kufur derhaka dengan) menyeleweng dari jalan yang benar; maka sesiapa yang menurut Islam (dengan beriman dan taat), maka merekalah golongan yang bersungguh-sungguh mencari dan menurut jalan yang benar, (Al-Jin : 14)

وَأَمَّا ٱلۡقَـٰسِطُونَ فَكَانُواْ لِجَهَنَّمَ حَطَبً۬ا

Adapun orang-orang yang menyeleweng dari jalan yang benar, maka mereka menjadi bahan bakaran bagi neraka Jahannam. (Al-Jin : 15)

Jin ada yang beragama Islam, Yahudi, Nasrani, Majusi dan penyembah berhala. Yang beragama Islam pula ada yang bermazhab Ahlus Sunnah, Bidaah, berfahaman Qadariah, Murjiah, Syiah dan sebagainya.

Kesimpulannya jin adalah makhluk yang mukallaf dan diberati dengan hukum, sama seperti kita manusia. Sebab itulah firman Allah menerangkan bahawa di dalam neraka jahannam nanti akan Allah penuhkan dalamnya dengan jin dan manusia yang ketika hidup di dunia mereka tidak melakukan suruahn Allah dan melakukan segala larangannya.

 

bottom of page